Laporan Program Bantuan Kembali Ke Sekolah 2023M

[Al-Falah Care USJ 9]
22 Syaaban 1444H
15 Mac 2023M

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semoga tuan/puan sentiasa dalam keadaan sihat walafiat dan berada dalam kemanisan iman dan Islam.

Alhamdulillah, program pertama Al-Falah Care USJ 9 untuk tahun 2023M berjalan lancar.

Terima kasih kami ucapkan kepada tuan/puan para jemaah masjid dan juga follower kami atas sumbangan tuan/puan untuk menjayakan program ini untuk membantu mereka yang dalam senarai kami untuk meringankan beban mereka menyediakan kelengkapan sekolah.

Pihak kami juga berbesar hati mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Mydin USJ kerana menyumbang baucar membeli belah kelengkapan sekolah serta satu beg sekolah untuk mereka.

Projek kami yang seterusnya adalah Jariah Ramadan 1444H, iaitu untuk membantu mereka menyediakan kelengkapan berhari raya nanti.

Untuk sumbangan:
Bank Islam Malaysia Berhad
1206 5010 009 005
Masjid al-Falah USJ 9
Ref: Kebajikan
Semoga sumbangan tuan/puan diberikan ganjaran yang berlipat kali ganda dan semoga tuan/puan dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Senarai kami terdiri dari kalangan Asnaf Zakat LZS, keluarga miskin, mualaf yang belajar di KFAM Masjid al-Falah, anak-anak yatim dan OKU. Jika tuan/puan mengetahui jiran-jiran tuan/puan untuk kami santuni selagi mana berada dalam kariah Masjid (USJ 7 hingga USJ 15), bantu mereka untuk mengisi borang atas talian kami di https://bantuankebajikan.masjidalfalah.com.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.