Program Selepas Ini

[Admin]
17 Rejab 1444H
08 Februari 2023M

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga tuan/puan sentiasa dalam keadaan sihat walafiat dan berada dalam kemanisan iman dan Islam.

Berikut adalah program-program yang dilangsungkan di Masjid al-Falah USJ 9 selepas ini:

  1. KURSUS ASAS HAJI 2023M
    Bermula 11 Februari 2023
    Yuran penyertaan RM130 seorang
    Pengisi: Ustaz Azian Man
    Sabtu dan Ahad, setiap minggu selama 4 minggu, mula jam 9.00 pagi
  2. SUMBANGAN KASIH DARI SUBANG KE TURKI
    Mengumpulkan pakaian baru dan terpakai untuk mangsa Gempa Bumi di Turki.
    Pakaian yang diperlukan seperti baju sejuk, baju lengan panjang, seluar panjang, jaket, stokin, satung tangan dan sebagainya. Pakaian dalam terpakai tidak diterima. Setiap sumbangan akan ditapis oleh petugas yang bertugas.
    Pusat pengumpulan di Masjid al-Falah USJ 9 dan Masjid al-Irsyad USJ 1.
    Tarikh pengumpulan: 8 Februari hingga 15 Februari.
    Lokasi pengumpuan: Foyer hadapan masjid
    *Masjid al-Falah USJ 9 hanya sebagai pusat pengumpulan sahaja. Pengurusan sumbangan akan diuruskan oleh pihak Adun Subang Jaya.
  3. SUMBANGAN DAN PERMOHONAN UNTUK BANTUAN KEBAJIKAN AL-FALAH CARE USJ 9
    Al-Falah Care USJ 9 (Biro Kebajikan, Kemasyarakatan dan Sosial Masjid al-Falah USJ 9 dengan kerjasama Unit Mualaf Masjid al-Falah USJ 9) sesi 2023-2025 membuka peluang kepada tuan/puan untuk menyumbang kepada aktiviti kebajikan masjid seperti Kembali ke Sekolah 2023 (Mac), Jariah Ramadan 1444H (dalam bulan Syaaban) dan Jariah Syawal 1444H (dalam bulan Ramadan) untuk membantu mereka yang memerlukan termasuk anak yatim/piatu/yatim piatu dan OKU.
    Sumbangan boleh disalurkan ke akaun rasmi Masjid al-Falah USJ 9, 1206 5010 009 005 (Bank Islam) dan reference ditulis: Kebajikan. Maklumkan juga kepada Hjh Ruhana (AJK Kebajikan) untuk semakan rekod kami.
    Untuk Permohonan pula, tuan/puan boleh mengisi borang atas talian kami di bantuankebajikan.masjidalfalah.com. Tiada tarikh tutup ditetapkan tetapi bergantung kepada program yang akan dianjurkan.
  4. CERAMAH KHAS SEMPENA ISRAK DAN MI’RAJ
    Disampaikan oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi (Penulis buku motivasi, Selebriti TV)
    16 Februari 2023, selepas solat Maghrib
    Dewan solat utama Masjid al-Falah USJ 9
    Jemaah yang berpuasa, pihak Masjid al-Falah USJ 9 menyediakan juadah berbuka puasa untuk puasa sunat Isnin dan Khamis sepanjang bulan Rejab dan Syaaban ini.

Tuan/puan Muslimin dan Muslimat dijemput hadir/menyertai program-program di atas.

Kursus Asas Haji
Sumbangan kasih untuk Turki
Ceramah Khas Israk dan Mi’raj
Sumbangan/Permohonan Bantuan Kebajikan

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.