Selamat Tahun Baru Cina 2023

[Al-Falah Care USJ 9]
14 Rejab 1444H
05 Februari 2023M

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga tuan/puan sentiasa dalam keadaan sihat walafiat dan berada dalam kemanisan iman dan Islam.

Al-Falah Care USJ 9 (Biro Mualaf) mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada para follower yang berbangsa Cina di mana jua anda berada.

Semoga tahun arnab ini membawa sifat kasih sayang dan manja serta lebih sempurna, dimurahkan rezeki yang berpanjangan dan bermakna dalam kehidupan.

Gong Xi Fa Cai

Xin Nian Kuai Le

Video meraikan CNY dalam Kelas Fardhu Ain Mualaf (KFAM) Masjid al-Falah USJ 9. Sebagai makluman, KFAM Masjid al-Falah USJ 9 adalah kelas pendidikan agama Islam untuk mualaf yang dibimbing oleh Ustaz Muhammad Hakimi bin Mustapai, pemegang tauliah mengajar Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Kelas ini adalah bernaung di bawah Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan telah mula bertapak di Masjid al-Falah USJ 9 sejak dari tahun 2014 lagi. Sehingga sekarang, pelajar mualaf yang aktif dalam kelas adalah seramai 15 orang ke atas dengan pelbagai bangsa seperti Cina, India, Sabah, Sarawak dan sebagainya. Jika tuan/puan ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan kami, boleh hubungi Ustaz Muhammad Hakimi di pautan ini.

Makluman: Video di atas telah dipastikan tiada pendedahan aurat berlaku. Tangan di atas adalah pelajar perempuan manakala tangan di bawah adalah pelajar lelaki. Ramuan Yee Sang telah diambil dari supplier Halal.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.