Sumbangan/Permohonan Kebajikan Masjid al-Falah USJ 9

sumbangan/permohonan bantuan kebajikan

[Al-Falah Care]
10 Rejab 1444H
01 Februari 2023M

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semoga tuan/puan sentiasa dalam keadaan sihat walafiat dan berada dalam kemanisan iman dan Islam.

Pihak Masjid al-Falah USJ 9 melalui Al-Falah Care USJ 9 (Biro Kebajikan, Kemasyarakatan dan Sosial Masjid al-Falah USJ 9 dengan kerjasama Unit Mualaf Masjid al-Falah USJ 9) membuka peluang kepada tuan/puan untuk menyumbang dalam program-program kebajikan kami di Masjid al-Falah USJ 9. Antara program yang bakal kami anjurkan untuk tahun 2023 ini ialah seperti Kembali ke Sekolah (Back to School), Jariah Ramadhan 1444H, Jariah Syawal 1444H, Jariah Aidiladha 1444H dan sebagainya. Untuk para penyumbang yang budiman, boleh salurkan sumbangan anda ke
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
MASJID AL-FALAH USJ 9
1206 5010 009 005
Ref: Kebajikan
Dan hubungi https://ruhana.masjidalfalah.com untuk rekod kami.

Segala sumbangan tuan/puan, kami ucapkan jutaan terima kasih.

Manakala untuk yang ingin memohon sumbangan kebajikan tersebut, sila isikan borang atas talian di https://kebajikan.masijdalfalah.com. Permohonan yang layak, akan kami masukkan dalam group Whatsapp Al-Falah Care USJ 9 2023-2025. Juga boleh scan QR di poster yang kami lampirkan bersama.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.