Pelaporan Permohonan Bantuan Zakat LZS bagi tahun 2022

Permohonan Bantuan Zakat LZS 2022

[Al-Falah Care USJ 9]
03 Rejab 1444H
25 Januari 2023M

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semoga tuan/puan sentiasa dalam keadaan sihat walafiat dan berada dalam kemanisan iman dan Islam.
Berikut adalah pelaporan untuk permohonan Bantuan Zakat Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi tahun 2022 yang diuruskan oleh Ketua Penolong Amil Kariah (KPAK) bagi tahun 2022, Ustaz Muhammad Hakimi bin Mustapai.
Penerimaan borang: 18 borang
Kategori permohonan:
1) Daftar Baru – Pemohon yang ini mendapatkan bantuan zakat hendaklah terlebih dahulu memohon untuk Daftar Baru bagi urusan siasatan dan pengesahan permohonan. Jika lulus, pemohon akan diklasifikasikan samada sebagai asnaf Fakir atau asnaf Miskin. Dengan kelulusan tersebutlah, pemohon boleh memohon untuk bantuan seterusnya seperti bantuan kewangan bulanan, bantuan asas makanan bulanan, bantuan sewa rumah/bilik dan sebagainya.
2) Saguhati pengislaman – Dengan status Masjid al-Falah USJ 9 sebagai Pusat Pendaftaran Pengislaman Mualaf, maka pihak KPAK uruskan juga untuk saguhati pengislaman kepada setiap mualaf yang melafazkan syahadah dan berdaftar di PPPM Masjid al-Falah. Ini adalah saguhati sahaja (one-off) dan bukannya pendaftaran baru kepada mualaf. Kerana terdapat prosedur khas untuk kategori Daftar Baru bagi asnaf Mualaf.
3) Bantuan Perubatan – bagi permohonan Daftar Baru yang tidak lulus, pihak KPAK mencadangkan supaya pihak pemohon memohon untuk Bantuan Perubatan kerana ketua keluarga atau tanggungan mempunyai sakit kronik yang memerlukan belanja besar. Mereka yang lulus untuk permohonan ini kebiasaannya akan diletakkan dalam kategori asnaf Gharimin. Termasuk juga mereka yang memohon untuk bantuan bayaran tunggakan utiliti seperti bil elektrik.
Pautan untuk semak status permohonan  (dan juga untuk status bayaran zakat) boleh dicapai di Sistem Elektronik Zakat Online Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Untuk sesi baru 2023 – 2025, pihak LZS belum lagi melantik Amil kariah baru. Sebarang persoalan hendaklah diajukan terus ke Talian Zakat Selangor: 1300-88-4343

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.