Pelaporan Pendaftaran Pengislaman bagi tahun 2022

Pendaftaran Pengislaman Mualaf

[Al-Falah Care USJ 9]
03 Rejab 1444H
25 Januari 2023M

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semoga tuan/puan sentiasa dalam keadaan sihat walafiat dan berada dalam kemanisan iman dan Islam.
Berikut adalah pelaporan untuk Pendaftaran Pengislaman Mualaf bagi tahun 2022 yang diuruskan oleh Pendaftar Pengislaman Pusat Pendaftaran Pengislaman Mualaf (PPP) Masjid al-Falah USJ 9 bagi tahun 2022, Ustaz Muhammad Hakimi bin Mustapai.
Pendaftaran pengislaman: 24 orang
Dalam kalangan 24 orang ini, semua mereka dimaklumkan berkenaan dengan kewujudan Kelas Fardhu Ain Mualaf (KFAM) yang dianjurkan oleh pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS). Kelas ini dikendalikan oleh Guru Pembimbing Asnaf Mualaf (GPAM) yang merupakan pemegang tauliah mengajar Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Di KFAM Masjid al-Falah, ada 2 mualaf dari 24 orang mualaf yang menyertai kami.
Pautan Tauliah Mengajar JAIS: http://tauliah.jais.gov.my/
(tular berkenaan dengan permohonan tauliah mengajar di atas talian bermula 1/3/2023. Tapi bukan di pautan ini)
Prosedur pengislaman:-
1. 3 keping gambar berukuran passport – sopan dan sesuai untuk diletakkan di kad Islam. Tidak diwajibkan bertudung atau bersongkok/berkopiah tapi berpakaianlah sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam. Dokumen diperlukan adalah mykad atau passport yang aslin serta salinan myKad pemohon dan saksi. Jika warga asing, pastikan passport dan visa masih dalam sahlaku dan sah. Kami tidak dapat nak uruskan kes passport atau visa yang sudah tamat tempoh.
2. Pemohon hadir sendiri bersama dua orang saksi lelaki, 18 tahun ke atas, waras, sihat dan Muslim.
3. Pemohon adalah sihat, waras, sedar dan faham. Dan beliau bukanlah pesakit mental atau sedang menjalani rawatan psikiatri.
4. Pemohon akan diterangkan berkenaan dengan asas agama Islam, dan sekiranya faham, akan melafazkan dua kalimah syahadah.
5. Pemohon akan mengisi borang permohonan pendaftaran pengislaman.
6. Pemohon akan dihadiahkan kit pengislaman yang disediakan oleh pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) seperti beg, terjemahan al-Quran, sejadah, kain pelikat (lelaki), telekung (perempuan), buku teks KFAM iaitu Feqah (kefahaman tentang Ibadah) dan Tauhid (kefahaman tentang Akidah dan Keimanan) serta buku Iqra’ dan sebagainya. Tetapi bergantung kepada stok yang ada di PPPM.
7. Borang permohonan akan diuruskan oleh Pendaftar Pengislaman dan pemohon akan dimaklumkan kemudian, apabila kad Islam dan surat pengesahan pengislaman dari MAIS sudah tersedia di PPPM Masjid al-Falah USJ 9.
Tiada bayaran dikenakan. Bahkan pemohon akan ditawarkan untuk mendapat saguhati pengislaman yang disediakan oleh pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Untuk sebarang persoalan atau pertanyaan, boleh hubungi:
Ustaz Muhammad Hakimi bin Mustapai
Pendaftar Pengislaman,
Pusat Pendaftaran Pengislaman Mualaf (PPPM)
Masjid al-Falah USJ 9
Pautan: Whatsapp

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.