Projek Penurapan Jalan Kawasan Masjid III – Road Marking

[Admin]
03 Jamadil Akhir 1444H
27 Disember 2022M

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semoga tuan/puan sihat walafiat dan sentiasa berada dalam kemanisan iman dan Islam.

Alhamdulillah, proses penurapan tar jalan berjalan lancar. Projek diteruskan pula dengan penanda jalan (road-marking) iaitu untuk membuat garisan parkir, garisan bumper, parkir OKU dan sebagainya.

In shaa Allah, kawasan letak kereta Masjid al-Falah USJ 9 akan dibuka sepenuhnya selepas selesai proses road-marking ini.

Terima kasih kepada yang menyumbang samada idea ataupun wang ringgit, dan juga yang bersabar dengan perjalanan projek ini. Mungkin ada sinar baru untuk kawasan letak kereta masjid selepas berakhirnya projek ini.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.