Projek Penurapan Jalan Kawasan Masjid

[Admin]
24 Jamadil Awwal 1444H
19 Disember 2022M

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semoga tuan/puan sihat walafiat dan sentiasa berada dalam kemanisan iman dan Islam.

PENURAPAN JALAN FASA AKHIR
Berikut adalah lensa dari kamera kakitangan masjid (sebahagian) untuk tatapan tuan/puan bagi perkembangan penurapan tar jalan dan parkir kereta Masjid al-Falah USJ 9. Perkembangan semasa pada hari ini (Ahad, 25 Disember 2022M), in shaa Allah akan bermula road-marking iaitu garisan jalan dan juga tempat letak kereta.

Adalah dimaklumkan, masjid dibuka seperti biasa untuk solat fardhu 5 waktu, operasi koperasi, operasi klinik wakaf dan lain-lain urusan. Hanya kenderaan sahaja tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan masjid.

Berkemungkinan juga solat Jumaat nanti, kami akan minta kerjasama mereka yang bermotosikal untuk tidak meletakkan kenderaan di atas jalan tar bagi mengelakkan tar yang masih basah rosak disebabkan tongkat motosikal tersebut. Boleh parkir motosikal di mana yang sesuai. In shaa Allah banyak tempat.

Yang tiada buat masa ini di Masjid al-Falah USJ 9 adalah kuliah Dhuha kerana mereka telah menangguhkan pengajian pada Jumaat lepas, 16hb Disember 2022.

Harap maklum.

 

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.