Perunding Perkahwinan
Masjid al-Falah mempunyai dua (2) orang Penolong Pendaftar Perkahwinan (PPP) untuk menguruskan majlis pernikahan di Masjid al-Falah secara amnya dan juga dari USJ 7 hingga USJ 25 khususnya.
Ustaz Zuwairi 017-200 8384 (USJ 7 hingga USJ 17)*
Ustaz Muhammad Hakimi 019-951 1183 (USJ 18 hingga USJ USJ 25)*
* bergantung kepada keadaan
-
Dokumen lelaki: Borang Permohonan 2A, Borang Mastautin 1 (bagi mereka yang berlainan alamat di Mykad dan tempat tinggal), salinan Mykad/passport pemohon dan saksi – 2 orang, sijil kursus kahwin dan salinan dan keputusan HIV. Sekiranya berkahwin di luar negeri Selangor, sila sediakan 2 set borang dan dokumen permohonan.
Untuk anggota keselamatan dan warga asing, tertakluk kepada prosedur yang telah ditetapkan. - Dokumen Perempuan: Borang Permohonan 2C, Borang Mastautin 1 (bagi mereka yang berlainan alamat di Mykad dan tempat tinggal), salinan Mykad/passport pemohon, wali dan saksi – 2 orang, sijil kursus kahwin dan salinan, sijil nikah ibubapa serta salinan dan keputusan HIV. Sekiranya berkahwin di luar negeri Selangor, sila sediakan 2 set borang dan dokumen permohonan.
Untuk anggota keselamatan dan warga asing, tertakluk kepada prosedur yang telah ditetapkan.
Masjid al-Falah menyediakan kemudahan untuk mana-mana pihak menganjurkan majlis perkahwinan samada secara kecil-kecilan mahupun besar-besaran.
Ruang kantin dan ruangan khas di bahagian belakang solat Muslimat dikhaskan untuk jamuan majlis kecil-kecilan. Manakala ruang parkir kenderaan yang luas disediakan untuk majlis perkahwinan besar-besaran.
Sila berhubung dengan pihak pejabat Masjid al-Falah untuk maklumat kebenaran mengadakan majlis tersebut. PPP tidak bertanggungjawab dalam urusan ini.