PENANGGUHAN SEGALA AKTIVITI MASJID





[ NAZIR ] 18 Mac 2020





KENYATAAN RASMI MASJID AL-FALAH, USJ 9, SUBANG JAYA, SELANGOR D.E.

Assalamualaikum WBT,


Menjunjung titah DYMM Sultan Selangor bersama Jabatan Mufti Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor dan jawatankuasa Task Force Menangani Covid-19 Negeri Selangor, semua program di Masjid al-Falah USJ 9, Subang Jaya ditangguhkan berkuatkuasa Rabu, 18 Mac 2020 sehingga 17 April 2020. Aktiviti tersebut merangkumi :-

▪Solat Jumaat

▪Solat Berjemaah

▪Ceramah

▪Kuliah Agama

▪Kantin

*Arahan juga termasuk majlis akad nikah dan sebagainya.


Walaubagaimanapun, semua jemaah perlu memahami bahawa :-

▪Laungan azan akan diteruskan sebagaimana biasa sebagai tanda masuk waktu solat.

▪ Solat Fardhu berjemaah bersama keluarga di rumah masing-masing.

▪Solat Jumaat hendaklah digantikan dengan solat Fardhu Zohor di rumah masing-masing.

▪Digalakkan membaca Qunut Nazilah bagi memohon perlindungan daripada wabak Covid-19


Untuk urusan KEMATIAN, boleh berurusan dengan Encik Ainor Fariz di talian 016-607 2161. Pengurusan jenazah juga tertakluk dengan syarat-syarat khas yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).


Untuk urusan PENGISLAMAN, akan diadakan di Pejabat Pentadbiran Masjid dengan kehadiran hanya pemohon dan dua orang saksi bersama dokumen-dokumen yang diperlukan. Maklumat lanjut, boleh hubungi Ustaz Hakimi di alamat wa.hakiminur.com.


Sebarang URUSAN KEPEJABATAN, hendaklah ditangguhkan hingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pihak Masjid juga menyarankan agar para jemaah sentiasa kekal di rumah masing-masing supaya pelan tindakan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak-pihak terlibat yang lain berjalan lancar. Patuhilah segala perintah dan arahan pihak keselamatan. Semoga kita semua terus memohon keampunan dari Allah SWT dan keadaan kembali pulih seperti biasa.


Sekian dimaklumkan.


DATO SERI A. MAJID BIN MAIDIN

NAZIR MASJID AL-FALAH, USJ 9, SUBANG JAYA, SELANGOR