Biro Mualaf mendapat tauliah dari Bahagian Pendidikan Mualaf JAIS
Pengenalan Biro Mualaf adalah
satu biro yang berfungsi sebagai pemandu dan pembimbing kepada mereka yang baru
memeluk agama Islam atau yang berminat untuk mendalami agama Islam. Banyak
aktiviti dan program yang dianjurkan terutamanya di Bahagian Pengurusan Mualaf,
Lembaga Zakat Selangor dan juga di Masjid al-Falah USJ 9. Bermula pada tahun
2017, Masjid al-Falah USJ 9 dilantik menjadi Pusat Pendaftaran Pengislaman
Mualaf (PPPM) Subang Jaya, Selangor.
Ali Jawatankuasa: 1. Ustaz Muhammad Hakimi bin Mustapai (Ketua) – memegang tauliah Panel Dakwah Mualaf (PDM) JAIS 2. Ustaz Haji Ahmad Safaiq Khalifa 3. Ong En Kiat 4. Yesmin Abdullah
Objektif: -Menyediakan
kebajikan kepada mualaf. -Memastikan
pendidikan dan tarbiah mualaf terjaga dan berterusan. -Mengeratkan
silaturrahim sesama mualaf dan jemaah masjid umumnya. -Bertanggungjawab mensyahadahkan dan mendaftarkan
pengislaman mualaf.
Rumusan Besar harapan
sekiranya projek kebajikan untuk mualaf yang dipelopori oleh al-Falah Care
(Biro Mualaf) ini terus disokong dan didokong bagi memastikan kebajikan dan
pendidikan mualaf di kawasan USJ khasnya sentiasa terjamin.
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Ustaz Muhammad Hakimi di talian 019-951 1183