Ahli Jawatankuasa: -
Ainor Faridz Bin
Jamal
-
Rennie Syafieda Binti
Abdul Rahman (Pengurus Jenazah Muslimat)
Objektif
Biro ini ditubuhkan untuk menguruskan, memudahkan, membantu dalam semua aspek pengurusan jenazah untuk kariah masjid sekeluarga, dan kawasan sekelilingnya, bagi menyempurnakan tuntutan fardu kifayah.
Menyegerakan Pengebumian Hadis Sahih Muslim Ref 896.Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi S.A.W, sabdanya: “segerakanlah menguburkan jenazah! Jika dia orang baik, berarti kamu segera menghantarkanya kepada kebaikan. Jika dia orang jahat, berarti kamu segera menghindarkan bencana terhadap diri mu.
Perlaksanaan -Mementingkan hidup bermasyarakat dengan mengutamakan anak khariah serta keseluruhan jemaah Al Falah. Semata mata memenuhi tuntutan fardu kifayah. -Mengajak ahli khariah menjadi sukarelawaan untuk menguruskan jenazah serta pemandu kereta jenazah. -Menanggung pengurusan jenazah kepada waris yang kurang mampu dan memberi bantuan panduan kepada ahli waris. -Menyediakan kelengkapan mandi jenazah, kafan, solat jenazah dan pengkebumian. -Membantu ahli waris untuk urusan di tanah perkuburan -Membantu ahli waris untuk tuntutan SKIM MESRA USIA EMAS Kerajaan Negeri Selangor saperti berikut: – Biro khairat kematian akan membantu ahli waris memproses pendaftaran ahli kariah yang telah meninggal dunia dan menepati kriteria yang di tetapkan oleh kerajaan Negeri Selangor. – Mana mana ahli khariah yang merupakan anak jati ataupun telah menetap di negeri Selangor melebihi 15 tahun serta berusia 60 TAHUN keatas semasa meninggal dunia, layak mendapat tuntutan sehingga RM2,500.00. Semua tuntutan perlu dimajukan kepada pejabat ADUN.Jika sekiranya tetamu atau saudara mara, ibu bapa, luar mukim datang kerumah ahli (yang menjadi ahli khairat kematian MAF) dan meninggal dunia dan ingin diuruskan di MAF, pihak MAF akan mengenakan kos urusan seperti biasa ia itu RM300.00 serta RM150.00 untuk tanah perkuburan.
-Bagi kanak kanak
di bawah 12 tahun tidak dikenakan sebarang bayaran
-Bagi keluarga
atau ahli waris yang tidak mampu, pihak MAF tidak akan memberatkan keluarga dan
tidak perlu membayar malahan Biro ini sedia menguruskan tahlil dan sebagainya
di masjid ( In Shaa ALLAH).
Biro ini juga
sedia menghantar jenazah ke luar kariah (outstation) dengan di kenakan bayaran
saperti berikut :
-Bayaran Saguhati
kepada pemandu RM300.00 yang jaraknya melebihi 150KM sehala. -Tol di tanggung
oleh ahli waris
Bayaran sebanyak
RM1.20/sekilometer (pergi/balik) akan dikenakan kepada ahli waris
(Bagi ahli
khairat tidak di kenakan sebarang bayaran)
Biro ini tidak
mengalakan pengkebumian di sebelah malam, ini berpandukan Hadis Shahih Muslim
ref 895: Dari Jabir Bin Abdullah r.a katanya:
“ Pada suatu hari
Nabi S.A.W berkhutbah,lalu beliau menyebut nama salah seorang sahabatnya yang
telah meninggal dan dikhafani dengan khafan yang kurang panjang, serta di kuburkan
malam hari. Nabi S.A.W melarang menguburkan mayat malam hari, supaya dapat
disolatkan (oleh jemaah yang lebih banyak), kecuali jike terpaksa. Sabda beliau,
“Apabila kamu mengkafani mayat saudara mu, maka kafanilah dengan sebaik
baiknya.”
Biro Pengurusan
Jenazah juga telah menyambung perancang dari Biro terdahulu iaitu menaik taraf
bilik jenazah dan sebarang sumbangan tunai amat dialu-alukan.