Syarikat
AHM Consultancy Sdn. Bhd. Adalah syarikat yang di lantik bagi mengawal
keselamatan Masjid. Penugasan pegawai keselamatan terbahagi kepada dua (2) sesi
iaitu sesi siang, bermula jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam. Hanya seorang
anggota bertugas dan sesi malam bermula jam 7.00 malam hingga 7.00 pagi setiap
hari, 2 anggota keselamatan bertugas. Terdapat 5 pintu masuk ke dewan
sembahyang dan 2 pintu kecil ke pejabat Imam-Imam, kantin sehingga ke dewan
solat. Terdapat 15 tabung masjid di setiap pintu masuk yang dikunci selepas
sembahyang atau selepas aktiviti masjid tamat. Jumlah tempat letak kenderaan
ialah antara 170 – 200 petak.
Masjid
telah memasang CCTV di pintu-pintu masuk utama masjid & tempat – tempat
tertentu yang di rasakan perlu bagi merakam sebarang kejadian yang berlaku
secara langsung untuk mengelakkan sebarang kecurian berlaku.
Senarai AJK Kecil Ketua : 123023 SM
Nor Ezan Bin Hj. Mohd Nasir
Ahli : Zulkipli Bin Hood
Aktiviti
Pengawal-pengawal
telah melibatkan diri dalam semua aktiviti masjid yang melibatkan kehadiran
orang ramai seperti kawalan trafik, susun atur kenderaan pada hari Jumaat dan
hari-hari yang lain. Anggota rela di ambil bertugas bagi membantu mengawal
keselamatan dan kelancaran kenderaan apabila aktiviti yang melibatkan ramai
orang.
Rumusan
Dengan
langkah-langkah serta cadangan penambahbaikkan biro ini, kes-kes kecurian/
pencerobohan dapat di bending. Tiada aktiviti sumbang di tempat letak kereta di
waktu malam seperti sebelum ini. Secara amnya kawalan keselamatan di masjid
kita adalah terkawal.
Walaupun
masih berlaku 1 hingga 2 kes pecah cermin kenderaan, pihak syarikat keselamatan
berjanji akan menambahbaik perkhidmatan bagi membendung kes-kes pecah cermin
kenderaan.
Bagi
memastikan keselamatan yang lebih berkesan, pihak keselamatan masjid telah
memasang sebanyak 5 buah peti lawatan untuk dilawati oleh pengawal keselamatan
setiap satu (1) jam sekali. Lokasi peti lawatan adalah di tempat-tempat yang strategic
merangkumi keseluruhan kawasan masjid. Sebarang teguran bagi penambahbaikan
mutu pengawalan amat di alu-alukan.