Senarai AJK Biro 1. Ketua: Hj. Wan Murdani Bin Wan Mohamad
Biro Ekonomi dan Pembangunan merupakan biro yang secara khususnya
bergerak mencari dana bagi menampung dan menjayakan segala aktiviti yang
dijalankan oleh pihak masjid. Usaha penjanaan dana ini dilakukan secara
berterusan sepanjang tahun dan ada yang dilakukan berdasarkan projek projek
tertentu bersama-sama dengan biro-biro lain.
Projek projek
khusus yang biasa dilakukan antara lain adalah seperti berikut:
i. Penajaan
khusus untuk program-program bulan Ramadhan
ii. Penajaan khas
bagi dana kerja-kerja naik taraf masjid
iii. Penajaan
buletin masjid khususnya di bulan Ramadhan iv. Penajaan bagi
program program masjid seperti hari terbuka masjid dll v. Penajaan khas
seperti program kutipan mangsa banjir dll vi Penajaan Baik
Pulih Bumbung Masjid dan Infrastruktur Masjid MAF yang lebih usia melebihi 20
tahun.
Di samping itu,
penajaan dan sumbangan secara terus juga diterima dari badan badan korporat,
dan orang peseorangan termasuk jemaah masjid terutamanya dari kawasan Subang
dan USJ . Sumbangan yang diterima ini boleh dikatakan bersifat berterusan iaitu
sumbangan yang dilakukan secara sepanjang tahun.
Sumbangan menurun
disebabkan wabak Covid-19 dan perlaksanaan PKP oleh pihak kerajaan. Walaupun sumbangan yang kita terima ini secara
berterusan, pihak biro tanpa merasa jemu terus berusaha dari masa ke masa
untuk meningkatkan lagi sumber sumbangan ini bagi menampung keperluan masjid
dan Alhamdullilah peningkatan dapat kita lihat selepas PKP dilaksanakan oleh
pihak kerajaan dan dari segi sumbangan
dan penajaan yang diterima oleh pihak masjid. Sumbangan dan penajaan yang
diterima merupakan sumbangan yang pelbagai iaitu sumbangan wang ringgit, tajaan
barangan, makanan, minuman dan tenaga kerja. Alhamdullilah segala program yang
dijalankan sepanjang tahun sentiasa mendapat sambutan yang menggalakan dari
semua pihak tidak kira dari badan korporat dan orang perseorangan. Segala sumbangan dan penajaan dari semua pihak
dalam bentuk wang ringgit, barangan, makanan, minuman dan tenaga kerja yang
kita terima selama ini diucapkan dengan ucapan jutaan terima kasih tak
terhingga dan didoakan agar mendapat balasan yang setimpalnya dari Allah dan
InsyAllah kita mengharapkan lebih ramai yang akan tampil memberi sumbangan dan
mengambil bahagian didalam program program yang kita lakukan.